Friday, April 30, 2010

SULTAN SELANGOR 'TEGUR' NIK AZIZ

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah, sesiapa sahaja termasuk ahli politik yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau sebaiknya tidak perlu datang ke negeri itu.

Titah baginda, jika ingin datang ke Selangor, mereka perlu mematuhi dan menghormati segala peraturan serta undang-undang yang ditetapkan.

‘‘Rakyat harus maklum beta tidak menghalang rakyat dari negeri lain datang ke Selangor untuk bermastautin atau mencari rezeki.

“Bagaimanapun mereka hendaklah mematuhi peraturan dan undang-undang di sini dan tidak mempertikaikannya kerana ia diwujudkan untuk keselamatan, ketenteraman dan kesejahteraan rakyat.

“Sekiranya seseorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian semasa merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Sultan Hisamuddin yang dulu dikenali dengan nama Sekolah Agama Menengah Tinggi Jalan Kota Raja Klang di Kampung Jawa di sini hari ini.

Hadir sama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor, Datuk Mohamed Khusrin Munawi dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Titah Sultan Sharafuddin, larangan penggunaan masjid dan surau di negeri ini sebagai tempat berpolitik bertujuan menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadat orang Islam.

Baginda menjelaskan, ini kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul melakukan amal ibadat di samping mengeratkan silaturahim sesama mereka.

Titah baginda lagi, sekiranya masjid dan surau dibiar digunakan sebagai pentas kempen politik, dikhuatiri ia akan disalah guna dan dicemari dengan perbuatan mencaci serta memfitnah yang akan menyebabkan perpecahan di kalangan umat Islam di Selangor.

‘‘Beta menjelaskan ini kerana ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah beta supaya tidak menggunakan masjid dan surau di Selangor sebagai tempat berpolitik dan menganggapnya karut serta sebagai peninggalan penjajah,” titah baginda.

Baginda seterusnya bertitah, pada zaman Rasulullah, masjid digunakan untuk menyedarkan dan menyeru umat Islam supaya mengukuhkan perpaduan kerana pada ketika itu mereka diancam dan diserang musuh.

Titah baginda, masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk berlindung dan Rasullullah tidak pernah menyebar fitnah atau menghina orang lain di dalam masjid sebagaimana yang berlaku sekarang.

‘‘Justeru, adalah tidak munasabah membandingkan peranan Rasulullah menggunakan masjid untuk berpolitik dengan keadaan sekarang yang mana ahli-ahli politik mengambil kesempatan menggunakan masjid sebagai platform untuk menyebar agenda politik masing-masing.

‘‘Pada zaman Rasulullah juga tidak ada kemudahan-kemudahan lain untuk berceramah mengenai politik seperti stadium, balai raya, pusat konvensyen dan juga dewan serbaguna.

‘‘Berceramah di tempat-tempat tersebut dan jangan menggunakan masjid sebagai tempat untuk berceramah politik,” titah baginda.

Thursday, April 29, 2010

Najib: Hutang Saya Sudah Langsai


Datuk Seri Najib Tun Razak semalam mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.

"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan," kata Perdana Menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di sini.

Katanya beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.

"Apa saja yang kita telah janjikan kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan," katanya.

Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada pilihan raya kecil itu.

"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.

"Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional," katanya.

Najib berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru.

"Maknanya hutang saya sudah langsai," katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi. Turut hadir Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon BN yang menang kerusi Hulu Selangor, P. Kamalanathan.

Bernama.

Wednesday, April 28, 2010

KALAH : JADILAH GENTLEMAN PKR !


"Kalau dah kalah, terima sajalah, jangan buat andaian-andaian begitu."

Demikian reaksi Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung dakwaan kononnya Barisan Nasional (BN) membeli undi untuk mencapai kemenangan pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor kelmarin.

Beliau turut menyifatkan tuduhan itu sebagai tindakan untuk memburukkan nama baik BN.

"Pokoknya kita (BN) dah menang. Bagi saya pilihan raya kecil itu telah berjalan dengan baik dan SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) telah menjalankan kerja mereka dengan baik.

"Kita dah terima keputusan dan BN dah menang. Pihak yang terlibat sepatutnya terima hakikat dan kenyataan itu, tak sewajarnya bangkitkan sebab-musabab kerana mereka tak puas hati dengan apa yang telah berlaku," tegasnya.

Timbalan Perdana Menteri berkata demikian pada sidang akhbar selepas mengadakan lawatan ke Pusat Pemeriksaan Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Bangunan Sultan Iskandar, di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman dan Menteri Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor.

Mengenai kecenderungan pengundi Cina yang terus menyokong pembangkang, Muhyiddin berkata, BN akan mengkaji keputusan pilihan raya kecil tersebut secara menyeluruh.

"Dalam mana-mana pilihan raya kecil seperti ini, selepas selesai kita akan teliti kecenderungan pengundi ikut kaum dan sebagainya. Apakah perkara yang mempengaruhi pengundi untuk menyokong atau sebaliknya, itu kita akan kaji," katanya.

Ditanya dakwaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa UMNO mempergunakan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) untuk memperjuangkan hak-hak kaum Melayu, Muhyiddin dengan tegas menafikan tuduhan itu.

"Perkasa adalah satu badan bukan kerajaan. Kita tidak merancang apa- apa dan ini adalah inisiatif yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Melayu tertentu.

"Kalau mereka berbuat sesuatu untuk menjaga kepentingan Melayu, itu adalah hak badan bukan kerajaan itu," katanya.

Menurutnya, Kit Siang sendiri dalam ucapannya termasuk yang disiarkan di dalam blog turut membuat seruan-seruan kepada kaum tertentu bersatu atas tujuan menolak hak kaum lain.

"Saya fikir, nak kata dulang paku serpih, kata orang dia yang lebih," ujarnya.

Beliau berkata, BN akan meneliti secara terperinci di setiap peti undi dan menilai apakah langkah dan strategi yang boleh diambil untuk memperkukuhkan parti dan BN bagi menghadapi cabaran pada masa depan.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor Ahad lalu, calon BN, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi.

Tuesday, April 27, 2010

POLAR PENGUNDI CINA : BEDAH SIASAT PERLU DILAKUKAN.

Barisan Nasional (BN) perlu membuat satu 'bedah siasat' bagi mengenal pasti punca kenapa pengundi Cina enggan memberi sokongan pada parti tersebut semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ini kerana parti itu telah melakukan banyak perkara bagi membela nasib penduduk di Hulu Selangor termasuk kaum Cina sendiri.

Malah tegas beliau, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah melakukan yang terbaik bagi mendapatkan sokongan penduduk di kawasan tersebut.

''BN menang tetapi majoritinya tidaklah seperti yang sepatutnya. Ini agak jelas dan kita nampak sokongan yang kurang daripada pengundi Cina.

''Bagaimanapun sokongan kaum Melayu dan India meningkat dan membolehkan BN mencapai kemenangan.

''Kita kena buat bedah siasat dan analisis supaya kita tahu apa masalahnya yang menyebabkan kita menang tetapi dengan majoriti yang tak seperti dijangkakan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas berucap pada perbincangan "China Yang Kukuh - Implikasi dan Cabaran" anjuran Dewan Perdagangan dan Perindustrian Kebangsaan Malaysia (NCCIM) di sini hari ini.

Pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor semalam, calon BN, P. Kamalanathan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi apabila memperoleh 24,997 undi.

Mengulas mengenai kemenangan di Hulu Selangor, Dr. Mahathir berpendapat Najib telah berjaya menukar pandangan penduduk dan daya kepimpinannya kini diterima oleh segenap lapisan rakyat.

Beliau turut menegaskan, kempen-kempen parti yang dikaitkan dengan perkauman sudah tidak lagi memberi kesan kerana dalam tempoh berkenaan mereka boleh bercakap apa sahaja.

Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, biarpun ada yang berpendapat bahawa politik berasaskan kaum akan berkurangan selepas pilihan raya umum lalu namun jelas bahawa ia semakin kuat berbanding sebelum ini.

Bagaimanapun, beliau percaya, harapan untuk melihat BN menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti tetap ada.

''Ini kerana keputusan Pilihan Raya Umum 2008 bukan kerana parti BN tetapi kerana orang tertentu yang rakyat tidak suka,'' katanya lagi.

Monday, April 26, 2010

BARISAN NASIONAL MENANG DI HULU SELANGOR

Barisan Nasional (BN) memberikan isyarat awal kebangkitan semula parti itu di Selangor apabila menawan kerusi Parlimen Hulu Selangor berikutan kejayaan calonnya, P. Kamalanathan menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim dengan majoriti 1,725 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu, hari ini.

Kamalanathan memperoleh 24,997 undi manakala Zaid mendapat 23,272 undi. Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru, di sini.

Seramai 49,000 atau 76 peratus daripada 64,500 pemilih berdaftar keluar menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam pilihan raya yang diadakan berikutan kematian penyandangnya, Datuk Dr.Zainal Abidin Ahmad pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G.Palanivel dengan majoriti 198 undi. Kali terakhir BN menguasai kerusi Parlimen tersebut ialah pada tahun 2004 juga melalui Palanivel.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut yang dicapai oleh BN dalam sepuluh pilihan raya kecil yang diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Turut meraikan kejayaan BN ialah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiba di dewan itu kira-kira pukul 9.10 malam, Timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menteri-menteri Kabinet dan pemimpin-pemimpin komponen BN.

Berdasarkan kepada keseluruhan undi yang diterima daripada tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) yang berada di bawah Parlimen Hulu Selangor, dua daripadanya dimenangi oleh BN manakala satu lagi dimenangi oleh PKR.

BN menang di DUN Hulu Bernam dan Batang Kali tetapi tewas di Kuala Kubu Bahru yang pada pilihan raya umum lalu dimenangi oleh BN dengan majoriti 448 undi.

Bagaimanapun terdapat peningkatan ketara di kalangan pengundi Cina yang majoritinya berada di dalam DUN Kuala Kubu Bahru.

Kejayaan BN di Hulu Selangor, selain dilihat sebagai kebangkitan semula BN dalam usahanya merampas kembali pemerintahan di Selangor yang kini berada di bawah pakatan pembangkang yang diketuai oleh PKR, lebih penting daripada itu, pemimpin-pemimpin BN menyifatkan ia isyarat penerimaan rakyat terhadap kepimpinan Najib dan Muhyiddin.

Sepanjang kempen berlangsung sejak 15 April lalu, kepimpinan BN terus berusaha meyakinkan pengundi-pengundi untuk menerima kembali parti itu di kawasan Parlimen berkenaan melalui penerapan gagasan 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan.

Kempen pembangkang yang terus memainkan isu syarikat perunding antarabangsa, Apco Worldwide (Apco) ternyata gagal mempengaruhi pengundi yang dilihat lebih mengutamakan isu-isu tempatan dan pembangunan.

Friday, April 23, 2010

Amanat Tun Dr. Mahathir Untuk Pengundi Hulu Selangor.



Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim sebagai 'kaki lompat' yang perlu ditolak oleh pengundi pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Menurut beliau, semua pihak mengetahui Zaid mempunyai sejarah bermula dengan dilantik menjadi menteri sebelum melompat menyertai PKR dan kemudiannya 'melompat' ke Hulu Selangor dari Kelantan.

Lebih-lebih lagi tegas beliau, Zaid mewakili pakatan pembangkang yang bukannya merupakan sebuah parti yang baik untuk memperjuangkan nasib rakyat. lagi berita klik sini.









Thursday, April 22, 2010

Perjumpaan Datuk Seri Najib Dengan Jentera BN PRK Hulu Selangor.

Kira-kira 1000 orang hadir ke Bilik Arahan BN di Bukit Sentosa bagi mendengar amanat dan arahan Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Najib. berita selanjutnya klik sini.

Datuk Seri Najib Menyampaikan Amanatnya.

Setuju... Mungkin itu agaknya yang dikatakan oleh Datuk Noh Omar kepada Datuk Seri Najib apabila beliau dilantik sebagai pengawas untuk memastikan semua janji di laksanakan.



Antara yang hadir mendegar Amanat Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Tuesday, April 20, 2010

Ceramah Tan Sri Muhyiddin Di Hulu Yam Malam Tadi.




Program Tan Sri Muhyiddin Di Hulu Yam

Antara pimpinan BN yang hadir.

Kehadiran Tetamu Di Jangka Melebihi 1000 orang


Calon BN P.094, P. Kamalanathan
Tan Sri Muhyiddin menerima borang keahlian UMNO daripada Dato' Dr Halili.



Bapa Dr. Halili (berbaju cokelat) bersama Tan Sri Muhyiddin.

700 Hadiri Ceramh Dr Halili.

Dr. Halili memberikan ceramah sulungnya semalam, dalam ceramahnya dia memberitahu, Anwar seorang penipu dan sanggup menggadai agama dan bangsanya semata-mata ingin menjadi Perdana Menteri.
Turut hadir dalam program malam itu Datuk Seri Shafie Apdal.
Tan Sri Isa Samd, turut memberikan ceramahnya.

Kira-kira 700 hadirin yang datang ke program ceramah semalam.


Monday, April 19, 2010

Dr Halili Keluar PKR.




Hari ini bakal menyaksikan PKR akan kehilangan ramai pemimpin yang cukup kecewa didalam parti,pukul 11 ini satu pengumuman keluar parti bertempat di PJ Hilton akan dilakukan oleh Dr Halili.

Beliau, merupakan seorang pakar bedah saraf dan dikatakan mempunyai hubungan yang rapat dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 (Hulu Selangor) dan 2004 (DUN Batang Kali), tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili sebelum ini dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih.

Penamaan Zaid sebagai calon PKR jelas mengecewakan terlalu ramai ahli PKR malah menguris hati anak tempatan Hulu Selangor,seolah olah Hulu Selangor ketandusan pemimpin tempatan yang boleh mewakili mereka.

Hulu Selangor bakal menyaksikan ramai nama nama besar didalam PKR akan keluar parti.

Sunday, April 18, 2010

Program Pemimpin Bersama Rakyat Hulu Selangor.

YAB. Tan Sri Muhyiddin Tengah Hari tadi melawat komuniti cina di kampung Hulu Yam Bharu, berita selanjutnya klik sini.



YAB. Tan Sri Menyampaikan amanatnya kepada pengundi-pengundi kampung
Hulu Yam Bharu

Antara Tetamu yang hadir



1 MALAYSIA

****

Petang tadi, bertempat di Kolej Komuniti Hulu Selangor satu majlis perasmian hari terbuka Kolej Komuniti , Hari Terbuka itu di rasmikan oleh YAB.Datuk Seri Mohd Khaled Nordin, Menteri Pengajian Tinggi.

YAB. Datuk Seri Mohd Khaled Nordin melawat gerai-gerai pameran yang di sediakan oleh pelajar-pelajar Kolej Komuniti yang mengambil bahagian dari seluruh negara.

****
YAB. Datuk Shahrizat Jalil, Ketua Wanita UMNO hadir ke Kampung Kalong Hilir dalam Kawasan Dun Batang Kali. Kehadiran YAB Datuk, di sambut meriah oleh penduduk kampung.

Makcik ini bergitu gembira dengan kehadiran YAB Datuk yang sudi hadir ke kampungnya.Bapa angkat PDM Kampung Kalong Hilir, YB. Datuk Abd Rahman Palil.